Tiada liputan media kerana permintaan ibu - Afiq Muiz - Utusan Malaysia

Tiada liputan media kerana permintaan ibu – Afiq Muiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon Afiq Muiz selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya yang juga pelakon, Pachara Emmanuel Apin atau nama Islamnya, Nur Aaira Mahdeya, 28, di Bandar Baru Bangi semalam.

Afiq, 27, atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah menyerahkan mas kahwin RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan.

“Alhamdulillah, segala dirancang berjalan lancar. Bukan berniat untuk merahsiakan namun majlis semalam membabitkan keluarga kedua belah pihak dan rakan terdekat sahaja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Majlis dilakukan tanpa liputan media kerana itu permintaan ibu saya. Insya-Allah, pada majlis resepsi nanti kami akan jemput media. Cuma, buat masa sekarang belum ada sebarang tarikh ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Afiq berkata, dia dan isteri berkenalan sejak setahun lalu ketika terlibat bersama dalam drama Air Mata Syurga yang ditayangkan di saluran Unifi TV.

“Sepanjang perhubungan kami, saya memang tidak tunjuk sangat. Keluarga dan rakan terdekat sahaja tahu.

“Kami berkenalan ketika berlakon bersama. Sejak itu, kami saling mengenali dan jatuh cinta sebelum mengambil keputusan untuk bertunang enam bulan selepas itu,” katanya. – K! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini