KOTA BHARU 7 Mac.- Syarikat Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn. Bhd dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mencapai kata sepakat berhubung isu pertindihan tugas berkaitan pengurusan pasukan antara kedua-dua pihak yang wujud sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif KRW Sdn. Bhd Ahmad Fazli Mohammad berkata, perkara itu dijangka akan melancarkan gerak kerja pihaknya dalam menguruskan pasukan bola sepak Kelantan yang terdiri daripada Liga Premier, Piala Presiden dan Belia bagi musim 2019.…










