Tiada lagi mangsa pencemaran toksik, semua sudah keluar wad - Utusan Malaysia

Tiada lagi mangsa pencemaran toksik, semua sudah keluar wad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 27 Mac – Kerajaan negeri yakin isu pencemaran toksik di Sungai Kim Kim tidak akan berulang apabila sesi persekolahan kembali dibuka pada 31 Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, kualiti bacaan udara di sekitar Pasir Gudang berada pada paras normal.

“Sejak kawasan berkenaan diisytihar selamat dan bebas pencemaran kimia, kita mengambil bacaan kualiti udara setiap tiga kali sehari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami tidak dapat memberi jaminan, tetapi Insha-Allah masalah serupa tidak akan berulang, khususnya apabila sekolah kembali dibuka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Program Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri Johor 2019 di Larkin Sentral, di sini sebentar tadi.

Dr. Sahruddin turut memaklumkan tiada lagi mangsa yang dirawat di hospital akibat pencemaran toksik dan mangsa terakhir dibenarkan keluar wad pada 25 Mac lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini