Tiada lagi kelibat Nurul Izzah dalam PRU-15 - Utusan Malaysia

Tiada lagi kelibat Nurul Izzah dalam PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mac – Nampaknya tahap kesabaran Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar terhadap prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudah melebih hadnya apabila beliau mengumumkan tidak akan bertanding lagi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut laporan portal Malaymail yang memetik Straits Times Singapore, Nurul Izzah yang diberi gelaran Puteri Reformasi itu menyifatkan kerajaan PH mengambil langkah perlahan dalam pentadbiran negara.

“Ini adalah penggal terakhir saya sebagai Ahli Parlimen dan ia adalah rancangan saya ketika ini,” katanya kepada di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, Nurul Izzah berkata, beliau kecewa dengan obsesi kerajaan PH terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tidak memberi fokus terhadap isu sebenar.

Katanya, isu 1MDB hanya boleh digunakan buat sementara kerana selepas isu tersebut orang ramai mahukan keselesaan dan penambahbaikan dalam kehidupan seharian mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini