The Red Devils tak gentar jumpa Barca - Utusan Malaysia

The Red Devils tak gentar jumpa Barca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Pengurus sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui pasukannya tidak gentar untuk berdepan Barcelona selepas diundi bertemu kelab gergasi Sepanyol itu di suku akhir Liga Juara-Juara kelmarin.

Solskjaer menjelaskan, United tidak akan gentar untuk berdepan sesiapa sahaja selepas berjaya melakukan kejutan dengan menyingkirkan Paris Saint-Germain (PSG) di peringkat 16 pasukan terbaik meskipun tewas 0-2 pada aksi pertama.

“Kami telah tunjukkan ketika menentang PSG bahawa kami mampu menewaskan pasukan yang hebat jika beraksi dengan baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi dalam bola sepak, ba-nyak perkara boleh berlaku dan semuanya nanti bergantung kepada beberapa aspek lain di atas padang.

“Jika kami gagal, kami tersingkir dan tiada siapa akan ingat tentang kehebatan kami ketika menewaskan PSG.

“Jadi, kami akan turun bermati-matian apabila bertemu Barcelona dan berharap tuah masih memihak kepada kami.

“Keyakinan dalam diri pemain juga sangat tinggi dan suasana juga ceria ketika latihan. Harapnya kami mampu meneruskan momentum ini tidak lama lagi,” kata Solskjaer. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini