Terjemah tindakan dalam DKKPN - Utusan Malaysia

Terjemah tindakan dalam DKKPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Mac – Semua pihak diminta menzahirkan sokongan dan komitmen penuh terhadap pelaksanaan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (DKKPN) bagi melindungi hak pekerja dalam persekitaran kerja yang selamat, sihat dan kondusif.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, usaha itu tidak akan berjaya sekiranya pihak berkepentingan gagal menterjemahkan dalam tindakan mewujudkan budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP).

Menurut beliau, matlamat utama dasar tersebut untuk meningkatkan tahap KKP melalui pengurusan risiko yang mampan di tempat kerja. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pelancaran DKKPN ini tepat pada masanya kerana di bawah Pelan Induk KKP 2016-2020, Kementerian Sumber Manusia telah menetapkan sasaran untuk mengurangkan kemalangan industri kepada 2.53 peratus bagi setiap 1,000 pekerja dan kadar kematian perindustrian kepada 4.36 bagi peratus setiap 100,000 pekerja menjelang 2020.

“Walau bagaimanapun, kadar kemalangan di tempat kerja bagi setiap 1,000 pekerja sedikit meningkat kepada 2.93 peratus pada 2017 berbanding dengan 2.88 peratus pada 2016 dan 2.81 peratus pada tahun 2015. Pada tahun 2006, kadarnya ialah 4.77 peratus kemalangan bagi setiap 1,000 pekerja.

“Kadar kematian perindustrian juga meningkat kepada 4.90 peratus bagi setiap 100,000 pekerja pada tahun 2017 berbanding 4.84 peratus bagi setiap 100,000 pekerja pada 2016 dan 2015,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melancarkan DKKPN yang melindungi hak asasi pekerja untuk mendapatkan persekitaran pekerjaan yang selamat, sihat dan kondusif.

Beliau berkata, dasar yang diluluskan oleh Kabinet dan ditandatangani Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi bukti komitmen kerajaan untuk meningkatkan kualiti KKP di negara ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN