BUKIT MERTAJAM 9 Mac – Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis yang terlibat dalam pengusiran oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu menerima hakikat mereka tidak lagi layak mendiami rumah berkenaan. Sebaliknya, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, penduduk berkenaan kini berada dalam kategori lain yang mana masih membolehkan mereka memohon rumah mampu milik daripada kerajaan negeri. Jelasnya, penduduk terlibat juga perlu memahami rumah berkenaan adalah kediaman transit untuk mereka…










