KUALA TERENGGANU 14 Mac – Terengganu meneruskan tradisi kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang diumumkan hari ini dengan mencatatkan Gred Purata Negeri (GPN) 4.90. Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, walaupun GPN yang diperolehi kekal sebagaimana tahun lalu namun, ia melepasi sasaran yang ditetapkan jabatan itu iaitu 4.85. Di samping itu katanya, Terengganu turut mencatatkan peningkatan mendadak bagi pencapaian layak SPM 2018 dengan 90.04 peratus berbanding…










