KUALA TERENGGANU 14 Mac – Kerajaan negeri mengarahkan semua agensi terlibat melakukan pemantauan rapi di kawasan-kawasan industri bagi mengelak sebarang kejadian pencemaran sisa toksik seperti di Pasir Gudang, Johor berlaku di negeri ini. Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya memberi perhatian serius dalam soal itu kerana aspek pengendalian bahan kimia tidak boleh diambil mudah sebagaimana standard yang diguna pakai di negara-negara maju. Katanya, hal itu kerana Terengganu memiliki…










