Tempah nombor plat dalam talian mula April - Utusan Malaysia

Tempah nombor plat dalam talian mula April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 1 Mac – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan sistem tempahan nombor pendaftaran kenderaan secara elektronik atau e-Bidding kepada semua pemilik kenderaan di seluruh negara bermula April ini.

Menerusi sistem itu, pengguna kenderaan boleh menempah atau menawarkan sebut harga mana-mana nombor dari negeri lain secara dalam talian, dengan syarat pemohon perlu berdaftar dengan jabatan tersebut.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, sistem itu juga dilihat lebih telus kerana ia pemilihan permohonan dibuat secara dalam talian tanpa pengaruh daripada mana-mana pegawai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai contoh, jika sebelum ini pemilik kendera­an dari Sabah hanya boleh menempah nombor pendaftaran di negeri itu sahaja tetapi melalui pelaksanaan e-Bidding ini, dia boleh memohon nombor Wilayah Per­sekutuan hanya menggunakan sistem dalam talian.

“Tempoh kelulusan tempahan pula jika sebelum ini mengambil masa dua minggu tetapi untuk e-Bidding kita pendekkan dan akan dibuka selama lima hari,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas menutup Kursus Media Sosial anjuran Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia dengan kerjasama Sibermedia Sdn. Bhd., anak syarikat Utusan Melayu (M) Berhad di akademi itu di sini hari ini.

Proses tempahan nombor pendaftaran sebelum ini dibuat secara terbuka di mana pemohon boleh membuat sebut harga di mana-mana pejabat JPJ namun ia terhad kepada negeri berkenaan manakala keputusan tender itu diperoleh dalam tempoh dua minggu.

Mengulas lanjut, Shaharuddin berkata, pihaknya akan berbincang dengan Bank Negara mengenai had tempahan menggunakan kad kredit apabila pemohon menggunakan sistem dalam talian.

Sementara itu, beliau memberitahu, JPJ akan mewujudkan saluran radio berinformasi untuk memberi panduan dan maklumat kepada lebih 20 juta pengguna kenderaan di seluruh negara mulai tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN