PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan teknologi kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) dalam sektor kesihatan tanpa menafikan kepakaran manusia. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, perbincangan dengan pakar dalam teknologi AI juga sedang dilakukan bagi mengoptimumkan rantaian bekalan perkhidmatan di fasilti kementerian. “Kita akui bahawa AI tidak dapat mengantikan kepakaran manusia dan teknologi ini sebenarnya menjadi penghubung atau pemudah cara untuk sesuatu pembelajaran yang…










