155 mangsa banjir, ribut masih berlindung di dua PPS di Perak - Utusan Malaysia

155 mangsa banjir, ribut masih berlindung di dua PPS di Perak

AHLI Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (kiri) melawat mangsa banjir di PPS SK Matang Gelugor di Bukit Gantang semalam. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT GANTANG: Seramai 155 mangsa banjir dan ribut daripada 49 keluarga masih berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Larut, Matang dan Selama setakat tengah hari.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan, jumlah itu melibatkan 100 mangsa banjir daripada 29 keluarga serta 55 mangsa ribut daripada 20 keluarga.

Menurut kenyataan itu, kesemua mangsa banjir ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Gelugor yang dibuka sejak pukul 8.30 malam, 17 Oktober lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mangsa yang berlindung di PPS tersebut merupakan penduduk Kampung Matang Pasir dan Kampung Matang Gelugor yang terjejas akibat banjir.

Sementara itu, PPS SK Matang menempatkan 55 mangsa ribut daripada 20 keluarga, berkurangan berbanding 56 mangsa daripada 21 keluarga pada pukul 8 pagi tadi.

Mangsa ribut berkenaan terdiri daripada penduduk Kampung Changkat Baru Matang, Kampung Teluk Kertam, Kampung Melawati dan Kampung Hujung Matang.

PPS tersebut dibuka sejak pukul 6.30 petang, 14 Oktober lalu bagi menempatkan penduduk yang terjejas.

Menurut Sekretariat JPBN Perak, kedua-dua PPS itu masih beroperasi tanpa pembukaan pusat pemindahan baharu atau penutupan PPS direkodkan setakat tengah hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini