IPOH 6 Mac – Perak berhasrat melancarkan kemudahan teknologi 5G di Bandar Meru Raya di sini dalam tempoh tiga ke empat bulan akan datang sekali gus menjadi antara negeri terawal yang bakal menyediakan perkhidmatan itu kepada rakyat. Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, ketika ini, perkara itu masih berada di peringkat cadangan dan pihaknya akan bekerjasama dengan beberapa syarikat telekomunikasi (telko) termasuk rakan kongsi.…










