PULAU PINANG 28 Mac – Taktik sekumpulan pelacur warga asing menempah antara lima hingga enam bilik hotel di atas nama sama bagi melindungi aktiviti tidak bermoral mereka gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila ditahan dalam operasi yang dilakukan awal pagi tadi. Serbuan dalam operasi yang turut disertai Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud membabitkan beberapa buah hotel bajet di Jalan Rangoon, Georgetown dekat sini telah berjaya menahan seramai 19…










