Taikun Bitcoin tinggal Lamborghini dalam parit - Utusan Malaysia

Taikun Bitcoin tinggal Lamborghini dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Sebuah kereta mewah Lamborghini milik seorang taikun mata wang kripto, Bitcoin ditemui ditinggalkan di dalam sebuah parit di kawasan Enfield, pinggir London lewat malam Jumaat lalu, lapor akhbar Daily Mail.

Lamborghini Huracan Performante berwarna ungu itu milik penasihat pasaran mata wang kripto di firma Bitstocks, Michael Hudson yang dilaporkan terbabas ke dalam parit tersebut tidak jauh dari pusat latihan pasukan bola sepak Tottenham Hotspur.

Selepas terbabas ke dalam parit, Hudson menghubungi seorang pengubah suai kereta selebriti, Yianni Charalambous bagi mengeluarkan kereta mewah tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terima kasih kepada semua yang menelefon dan menghantar mesej. Saya tidak cedera, kereta itu rosak tetapi tidak terlalu teruk,” tulisnya dalam media sosial.

Kereta itu telah dikeluarkan oleh Charalambous awal pagi kelmarin.

Menurut Charalambous, Hudson terbabas selepas melanggar lopak air dan mengelak daripada melanggar tiang lampu berhampiran tetapi masih mampu berjalan kaki pulang ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari lokasi kemalangan itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini