Tahniah Hamidin - Utusan Malaysia

Tahniah Hamidin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mac – Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menyifatkan pemilihan presidennya, Hamidin Mohd. Amin sebagai Naib Presiden Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) bagi penggal 2019-2023 sebagai satu penghormatan kepada badan induk tersebut.

Selain Hamidin, turut terpilih menjadi Naib Presiden AFF adalah Datuk Seri Zaw Zaw dari Myanmar yang mempertahankan jawatannya serta Datuk Seri Francisco Kalbuadi dari Timor Leste dalam Kongres AFF di Siem Reap, Kemboja, hari ini.

“Sebagai antara negara pengasas AFF, FAM harus ada suara dalam menentukan dasar dan hala tuju AFF, apatah lagi badan serantau ini berpangkalan di Kuala Lumpur, dengan ibu pejabat baharu bakal siap sepenuhnya tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami mengharapkan kerjasama yang lebih erat dalam kalangan negara anggota AFF di bawah kepimpinan Sameth agar AFF dapat membantu ahli gabungannya menaikkan standard bola sepak Asia Tenggara,” ,” kata Stuart yang dipetik daripada Facebook FAM di sini hari ini.

AFF kini diterajui oleh Mejar Jeneral Khiev Sameth dari Kemboja selaku Presiden, menggantikan Sultan Ahmad Shah, yang menolak pencalonan atas sebab-sebab kesihatan. Sameth, yang juga Naib Presiden Persekutuan Bola Sepak Kemboja (FFC), sebelum ini memegang jawatan Timbalan Presiden AFF.

Sameth menang tanpa bertanding berikutan penarikan diri Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini