Syahid di bumi New Zealand - Utusan Malaysia

Syahid di bumi New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Remaja yang disangka hilang dalam tragedi tembakan rambang di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand 15 Mac lalu disahkan telah meninggal dunia.

Wisma Putra dalam satu kenyataan mengesahkan remaja berkenaan, Mohd. Haziq Mohd. Tarmizi, 17, adalah antara 50 mangsa yang terbunuh dalam tragedi berdarah itu.

“Kerajaan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Suruhanjaya Tinggi Malaysia akan menghulurkan bantuan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian,” kata kenyataan itu di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah kenyataan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof dilantik sebagai wakil rasmi Malaysia ke Christchurch bagi memberi sokongan kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam tragedi berkenaan.

Menurut Wisma Putra, orang ramai diharap menghormati perasaan ahli keluarga ­mangsa pada waktu-waktu yang sukar ini.

Terdahulu, pe­ngesahan ke­­­­matian Allahyarham Mohd. Ha­ziq diumumkan oleh Pengerusi Kebajikan Masyarakat Penya­yang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berdasarkan maklumat yang di­terima daripada sumber pihak berkuasa malam kelmarin.

Sebelum ini, media melaporkan nasib Mohd. Haziq menjadi tanda tanya selepas remaja itu dilaporkan hilang semasa insiden tembakan rambang tersebut.

Mohd. Haziq merupakan anak Mohd. Tarmizi Shuib, 42, yang kini menerima rawatan di Hospital Christchurch selepas ce­dera ditembak dalam kejadian itu.

Seorang lagi anak Mohd. Tarmizi, Mohd. Haris, 12, masih menerima rawatan di hospital kanak-kanak akibat trauma.

Selain Mohd. Tarmizi, dua lagi rakyat Malaysia yang tercedera akibat serangan itu ialah Rahimi Ahmad dan Muhammad Nazril Hisham Omar.

Insiden serangan pengganas di dua masjid iaitu Al Noor dan Linwood di Christchurch ketika solat Jumaat minggu lalu menyaksikan 50 nyawa terkorban manakala lebih 40 lagi cedera.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini