KOTA KINABALU 6 Mac – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 100 kilogram syabu bernilai kira-kira RM5 juta dan menahan seorang lelaki di hadapan sebuah premis di Penampang, 21 Februari lalu. Penolong Ketua Pengarah Kastam (Bahagian Penguatkuasaan), Datuk Abdul Latif Abdul Kadir berkata lelaki berumur lingkungan 40-an itu ditahan oleh sepasukan anggota Penguatkuasaan Kastam Kota Kinabalu kira-kira pukul 2.15 petang. “Ketika ditangkap lelaki berkenaan sedang berdiri di luar sebuah premis…










