Suspek curi kedai emas diburu - Utusan Malaysia

Suspek curi kedai emas diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI 8 Mac – Polis sedang mengesan suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian curi di sebuah kedai emas di Jalan Niaga di sini semalam.

Kes itu menjadi tular selepas satu video memaparkan sebuah kereta meninggalkan lokasi kejadian berdurasi selama 30 saat yang dirakamkan oleh orang awam di muat naik dalam laman sosial termasuk Facebook.

Menerusi video itu, beberapa lelaki dilihat sedang mengejar sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna Hitam dengan nombor pendaftaran JSG  9397.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, kejadian berlaku pada 6.35 petang.

“Saya mengesahkan kejadian itu berlaku dan pihak polis sedang mengesan suspek,” katanya di sini sebentar tadi.

Tambahnya, polis juga sedang menyiasat pemilik nombor pendaftaran kenderaan terbabit.

Beliau turut menyeru orang awam yang mempunyai maklumat untuk tampil atau menghubungi balai polis terdekat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini