BANGKOK 22 Mac – Seorang lelaki memakai kostum Superman mengelilingi bandar sebagai kempen menggalakkan rakyat Thailand turun mengundi pada Ahad ini.
David Pfizenmaier, 40, turut membawa nota yang ditulis atas kain, ‘Jika anda menyayangi Thailand: Undi’ dengan tanda pagar #supermanbangkok.
Menurutnya, dia tidak berkempen untuk parti tertentu tetapi mempunyai misi untuk meningkatkan jumlah pengundi terutama dalam kalangan pemilih muda. -AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











