MIRI – Pasangan suami isteri adalah antara 13 individu positif dadah ditahan dalam satu operasi antidadah yang dijalankan di Bandaraya Miri serta daerah Bekenu awal pagi ini. Ketua Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Miri, Mazlan Jikran berkata, pasangan suami isteri tersebut masing-masing berumur 37 dan 35 tahun, kedua-dua tidak bekerja serta tidak mempunyai anak, ditahan semasa operasi dijalankan di kawasan Taman Tunku dan Kampung Lembah Hijau. “Secara keseluruhan 13 invididu…










