Suami isteri larikan kanak-kanak tiada di Langkawi - Utusan Malaysia

Suami isteri larikan kanak-kanak tiada di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 5 Mac – Pasangan suami isteri yang diburu polis bagi membantu siasatan membabitkan kes kehilangan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun sejak hujung bulan lalu dipercayai telah meninggalkan Langkawi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pemeriksaan yang dijalankan di kuarters Hospital Langkawi mendapati pasangan tersebut tiada di kediaman mereka.

“Pemeriksaan dengan pihak Hospital Langkawi mengesahkan suspek wanita yang bekerja sebagai jururawat itu juga tidak hadir bekerja,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Mohd. Iqbal, polis sedang giat mengesan kedua-dua suspek tersebut, Ramlan Abdul Rashid, 37, dan isterinya, Wan Roslina Wan Jusoh, 40, yang dipercayai sedang menyembunyikan diri bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Kita masih kesan mereka kerana ada maklumat menyatakan pasangan ini masih berada di Langkawi dan ada yang kata sudah keluar (dari Langkawi).

“Walaubagaimanapun kita percaya pasangan ini telah meninggalkan pulau ini,” ujarnya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan seorang kanak-kanak perempuan, Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, dilaporkan hilang dipercayai dilarikan sepasang suami isteri yang juga kenalan ibu kanak-kanak itu di Langkawi, di sini.

Ibu kanak-kanak itu yang berusia 31 tahun dipercayai mengenali suspek lelaki sejak November tahun lalu dan dia datang ke Langkawi untuk bekerja serta tinggal di rumah pasangan itu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini