Suami isteri bawa cecair dadah dari Perlis ditahan - Utusan Malaysia

Suami isteri bawa cecair dadah dari Perlis ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Polis menahan sepasang suami isteri berusia 22 dan 23 tahun yang membawa 5,000 botol cecair hitam dipercayai dadah bernilai RM50,000 menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Weststar G10 bercermin gelap di Kampung Simpang Empat Kundur di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, dalam kejadian pukul 5.45 pagi, anggota unit peronda polis (MPV) yang membuat rondaan mendapati kereta dipandu lelaki itu dalam keadaan mencurigakan ketika melalui lampu isyarat di kampung berkenaan.

Katanya, anggota terbabit kemudian menghampiri kereta itu dan memintanya berhenti untuk membuat pemeriksaan lalu menjumpai 50 kotak berisi 100 botol cecair hitam dalam setiap kotak berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil siasatan awal mendapati pasangan suami isteri yang berasal dari Simpang Ampat, Perlis ini telah meninggalkan seorang anak lelaki berusia lapan bulan di kampung untuk menghantar 500 liter cecair dadah itu ke Pasir Puteh.

“Mereka telah dibayar sejumlah wang untuk memasarkan cecair dadah yang dibawa dari negeri utara melalui Simpang Pulai, Cameron Highlands, Pahang dan menuju ke jalan Gua Musang-Jeli,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, di sini hari ini.

Kes disiasat dibawah Sekyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini