KUALA LUMPUR 10 Mac – Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr. S. Streram mendakwa beliau telah difitnah atas tuduhan gagal membayar balik hutang dipercayai berjumlah RM62,000 yang dipinjam daripada seorang ahli Parlimen PKR. Menurut laporan Malaysiakini yang memetik Streram sebagai berkata, beliau telah selesai membayar hutang itu sepenuhnya. Justeru, tegas Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau itu, dakwaan tersebut adalah fitnah yang sengaja dilemparkan oleh segelintir individu dalam PKR…










