Stor barang kahwin, katering musnah terbakar - Utusan Malaysia

Stor barang kahwin, katering musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN 5 Mac – Satu kebakaran berlaku di Kampung Sura di sini pagi tadi yang memusnahkan sebuah stor yang menyimpan barangan perkahwinan dan katering.

Bagaimanapun, tindakan pantas anggota bomba dan penyelamat berjaya mengawal kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi itu daripada merebak memusnahkan dua buah rumah berdekatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Penolong Penguasa Bomba Saifuddin Muhammad berkata, sebuah jentera bersama 12 anggota yang dibantu Unit EMRS dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan pukul 8.09 pagI.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita juga dapat bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Paka dengan kekuatan sebuah jentera bersama enam anggota,” jelasnya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kejadian disedari penduduk kawasan itu setelah ternampak asap tebal dari stor berkenaan sebelum bertindak menghubungi bomba.

Katanya, sejurus tiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati kebakaran marak cepat dan telah memusnahkan keseluruhan stor yang diperbuat daripada kayu itu.

“Kami tak hadapi sebarang masalah dalam operasi pemadaman dan berjaya menyelamatkan dua buah rumah yang terletak berdekatan.

Beliau berkata, pihaknya berjaya mengawal sepenuhnya kebakaran pada pukul 8.59 dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini