Stok minyak sawit Malaysia bagi Februari naik kepada 3.05 juta tan - Utusan Malaysia

Stok minyak sawit Malaysia bagi Februari naik kepada 3.05 juta tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mac – Jumlah stok minyak sawit Malaysia pada Februari naik 1.34 peratus kepada 3.05 juta tan daripada 3.01 juta tan pada Januari.

Stok minyak sawit mentah (MSM) meningkat 2.29 peratus kepada 1.92 juta tan pada bulan tersebut daripada 1.87 juta tan pada bulan sebelumnya.

Stok minyak sawit diproses, bagaimanapun, susut 0.24 peratus kepada 1.129 juta tan daripada 1.131 juta tan sebelum ini, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam laporan Prestasi Industri Minyak Sawit Malaysia bagi Februari 2019 yang dikeluarkan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, pengeluaran MSM merosot 11.1 peratus kepada 1.54 juta tan pada Februari daripada 1.74 juta tan pada bulan sebelumnya.

Pengeluaran isirung sawit turut susut sebanyak 11.16 peratus kepada 395,697 tan pada Februari berbanding pengeluaran pada Januari sebanyak 445,427 tan.

MPOB berkata eksport minyak sawit berkurangan sebanyak 21.38 peratus kepada 1.32 juta tan pada Februari daripada 1.68 juta tan pada Januari, manakala eksport oleokimia naik 15.80 peratus kepada 273,964 tan daripada 236,589 tan.

Eksport biodiesel pada Februari merosot 16.49 peratus kepada 36,986 tan daripada 44,287 tan pada Januari, manakala eksport dedak isirung sawit susut 15.62 peratus kepada 190,727 tan daripada 226,022 tan.

Pada Februari, eksport minyak isirung sawit, meningkat 15.96 peratus kepada 91,234 tan daripada 78,674 tan pada bulan sebelumnya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini