SYDNEY 7 Mac – Beberapa buah stesen radio di Australia, Kanada dan New Zealand enggan memainkan lagu-lagu dendangan bintang pop, mediang Michael Jackson susulan dakwaan penyanyi itu melakukan jenayah seksual kanak-kanak.
Nova Entertainment menjadi kumpulan radio terbaharu mengumumkan bahawa mereka tidak akan memainkan lagu-lagu jackson sebagai reakdi terhadap pandangan umum.
Langkah itu dibuat selepas penyiaran dokumentari mengenai dua lelaki yang mendakwa pernah dicabul Jackson selama beberapa tahun sebelum dia meninggal dunia. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











