SPRM tahan ketua jabatan GLC terlibat rasuah - Utusan Malaysia

SPRM tahan ketua jabatan GLC terlibat rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan seorang ketua jabatan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi membantu siasatan berhubung kes meminta suapan dianggarkan bernilai RM10,000, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut sumber, lelaki berusia 51 tahun itu ditahan SPRM kira-kira pukul 11.30 pagi di sebuah restoran di Taman Prima Saujana, Kajang dekat sini.

“Siasatan awal mendapati, lelaki tersebut disyaki meminta suapan bernilai RM10,000 sebagai dorongan untuk mengesyorkan lanjutan kontrak sebuah syarikat perkhidmatan.

“Syarikat tersebut menyediakan perkhidmatan pengauditan persijilan antarabangsa untuk kilang sawit di bawah kelolaan GLC terbabit,” katanya di sini hari ini.

Tambah sumber, perintah reman terhadap lelaki tersebut akan dibuat di Ibu pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, di sini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Razaliah Ab. Rahman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN