SPRM panggil tiga lagi individu bantu siasatan dana RM90 juta kepada Pas - Utusan Malaysia

SPRM panggil tiga lagi individu bantu siasatan dana RM90 juta kepada Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Tiga Individu termasuk seorang pegawai lantikan kerajaan akan dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM di sini esok bagi membantu siasatan dana RM90 juta yang diberikan kepada Pas.

Menurut sumber, mereka dijangka hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada pukul 10 pagi untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan.

Pada 28 Februari lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk membantu siasatan berhubung dakwaan wang berjumlah RM90 juta yang dimasukkan ke dalam akaun beberapa pemimpin Pas.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu dilaporkan berkata, dia dipanggil berikutan namanya merupakan antara 10 individu disebut dalam hujah balas saman yang dikemukakan pengasas dan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Terdahulu, pada 8 Februari lalu, SPRM telah memanggil beberapa pemimpin Pas termasuk Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Nasharudin Mat Isa untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Selain itu, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Husam Musa juga dilaporkan dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berhubung kes sama. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN