KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menjalankan siasatan berhubung beberapa dakwaan kes rasuah membabitkan 15 pegawai kanan dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, pihaknya menerima beberapa aduan berhubung kes rasuah tersebut yang membabitkan pelbagai pangkat termasuk Deputi Komisioner, Senior Asisten Komisioner dan lain-lain pangkat anggota polis. “Kami terima aduan daripada beberapa anggota polis yang mendakwa terdapatnya amalan pemberian rasuah kepada…










