SPR belum terima laporan insiden provokasi, kempen luar waktu - Utusan Malaysia

SPR belum terima laporan insiden provokasi, kempen luar waktu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 2 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum lagi menerima laporan berhubung insiden provokasi kain rentang dan calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali yang didakwa berkempen melebihi waktu yang ditetapkan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya berharap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan provokasi menerusi kain rentang atau apa sahaja usaha lain supaya menghentikan perkara berkenaan dengan segera.

Dalam masa yang sama, Azhar Azizan menegaskan kejadian calon didakwa berkempen tidak sepatutnya berlaku memandangkan SPR telah menetapkan supaya aktiviti berkempen berhenti setakat 12 tengah malam tadi. 

“Saya tak dapat laporan lagi berhubung insiden kain rentang itu. Namun, jika benar kain rentang seperti itu boleh mencetuskan provokasi dan dianggap mencaci. Saya harap dapat dihentikan kerana boleh mengganggu ketenteraman awam. 

“Berhubung kes calon berkempen pula, setakat ini saya hanya membaca menerusi laporan media. Perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan jika ada laporan lanjut kita akan siasat dahulu sebelum melakukan apa-apa tindakan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Rinching di sini hari ini. 

Sehelai kain rentang didakwa mempunyai unsur provakasi mencetuskan ketegangan di antara penyokong PH dan Barisan Nasional (BN) di Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang, pagi ini. 

Kain rentang yang memaparkan wajah isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu Datin Seri Rosmah Mansor dengan bertulisan ‘Malu Apa Bossku…???Siapa Boss?? Akulah Boss.. Ingat Najib Ke!!!’ itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong BN. 

Muhammad Aiman pula didakwa mengeluarkan kata-kata meraih undi di hadapan petugas media dengan menggesa para pengundi memilih PH dan dirinya sebagai calon yang bertanding. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN