SPM: Keputusan di Selangor terus catat peningkatan GPN - Utusan Malaysia

SPM: Keputusan di Selangor terus catat peningkatan GPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kecemerlangan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 di Selangor terus terbukti apabila Gred Purata Negeri (GPN) SPM mencatatkan peningkatan sebanyak 0.03 peratus.

Pengarah Pendidikan negeri, Mohd. Salleh Mohd. Kassim berkata, ini merupakan pencapaian tiga tahun berturut-turut yang  menunjukkan kualiti pencapaian calon yang mendapat keputusan cemerlang tertinggi, cemerlang dan kepujian dalam mata pelajaran yang diambil sejak tahun  2016.

Katanya, bagi SPM 2018, GPN diperoleh adalah sebanyak 4.89 peratus berbanding 4.92 peratus pada tahun 2017 dan 5.05 peratus pada 2016.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pencapaian GPN dan Gred Purata Sekolah diukur berdasarkan nilai mata dan semakin kecil nilai mata bermakna semakin baik pencapaian serta prestasinya. 

“Sistem penggredan baharu SPM dapat memperincikan kecemerlangan calon apabila diperkenalkan gred yang lebih tinggi daripada sistem lama yang menggunakan gred 1A,” katanya dalam sidang akhbar Keputusan SPM 2018 di Bilik Mesyuarat Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, di sini, hari ini. 

Dalam pada itu, Mohd. Salleh memaklumkan, bilangan calon yang mengambil SPM 2018 di negeri ini yang  layak mendapat sijil turut menunjukkan peningkatan sebanyak 0.21 peratus daripada 54,093 calon berbanding 57,313 calon pada 2017. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini