SUBANG JAYA 7 Mac – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menganjurkan program Speaker Corner @ Sembang Santai MPSJ yang bertujuan meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan warga kerja pihak berkuasa tempatan itu. Program julung kali yang diadakan di kafe Ibu Pejabat MPSJ, di sini semalam dirasmikan oleh Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan. Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, program itu merupakan platform untuk kakitangan di…










