Sorok syabu dalam bungkusan kentang goreng - Utusan Malaysia

Sorok syabu dalam bungkusan kentang goreng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Taktik licik sepasang kekasih menyorok dadah jenis syabu dalam bungkusan kentang goreng semata-mata untuk mengaburi pihak berkuasa gagal apabila mereka ditahan dalam Operasi Bersepadu di Plaza Tol Duta menghala ibu negara semalam.

Tangkapan ke atas lelaki berusia 44 tahun dan kekasihnya, 22, itu dilakukan sepasukan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selepas hasil pemeriksaan menemui satu paket syabu dalam milikan mereka.

Difahamkan hasil pemeriksaan lanjut mendapati cukai jalan motosikal kuasa tinggi jenis Kawasaki Ninja RR yang ditunggang mereka telah tamat tempoh selain lelaki itu tidak mempunyai lesen memandu.

Memuatkan artikel berkaitan…

 Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini