Sopan Muslimah oleh BYDEMIFA - Utusan Malaysia

Sopan Muslimah oleh BYDEMIFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mementingkan gaya baharu dan trend masa kini, BYDEMIFA tampil dengan koleksi blaus terbaharu iaitu Carlisey, Elleana dan Delaine.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rekaan blaus menggunakan material como crepe berkualiti tinggi amat sesuai dengan cuaca panas selain memberi keselesaan kepada pemakai untuk bergaya.

Blaus Delaine direka khas untuk wanita berkerjaya dan pelajar yang mahu tampil yakin terutama ketika perlu membentangkan kertas kerja di hadapan para pensyarah manakala Elleana pula lebih sesuai untuk aktiviti santai.

Rekaan Delaine mempunyai dua fungsi pemakaian iaitu zip panjang pada tengah baju membolehkan pemakai menggayakannya seperti kardigan atau blaus.

Perincian ala jaket pada lengan dan baju menampilkan gaya lebih formal dan berketerampilan.

Elleana mempunyai rekaan sopan dan ayu, berpadanan dengan pemilihan warna pastel yang menambahkan kelembutan gadis muslimah yang mahu berfesyen.

Blaus Carlisey antara rekaan yang mendapat permintaan paling tinggi pelanggan, sesuai untuk wanita yang mahu kelihatan ‘ayu’ dan muda remaja namun bebas beraktiviti.

Rekaannya pula lebih menfokuskan pada perincian ‘lipatan skirt mini’ berwarna putih yang dijahit pada hujung baju berwarna pastel sekali gus menyerlahkan gaya `feminin’ pemakai.

Delaine didatangkan dengan tiga warna korporat iaitu coklat, kelabu dan hitam manakala Elleana dan Carlisey pula didatangkan dengan warna-warna pastel. Kesemuanya mempunyai saiz S sehingga XXL.

Pemilik BYDEMIFA, Fatin Nur Sakina Zolkifly berkata, koleksi blaus miliknya tidak sama dengan kebanyakan rekaan blaus yang ada di pasaran kerana amat menitik beratkan penjagaan aurat wanita dalam berfesyen seiring gaya masa kini.

BYDEMIFA yang diusahakan bersama suaminya, Muhammad Nadzmi Ruslan telah beroperasi lebih dua tahun namun bermula tahun lalu, mereka mula menghasilkan sendiri rekaan blaus bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Koleksi BYDEMIFA boleh didapati menerusi Facebook: www.facebook.com/bydemifa atau Instagram: https://www.instagram.com/bydemifa atau WhatsApp 018-9666975.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN