MANCHESTER 8 Mac – Daripada pemain, penyokong dan penganalisis bola sepak, semua menjangkakan Ole Gunnar Solskjaer bakal menjadi pilihan untuk dilantik sebagai pengurus tetap Manchester United. Kejayaan United bangkit menyingkirkan Paris Saint-Germain (PSG) untuk melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara kelmarin sudah cukup meyakinkan pemilik kelab agar memberi kepercayaan kepada jurulatih berusia 46 tahun untuk membimbing Red Devils. Solskjaer dikatakan mengadakan pertemuan dengan Naib Pengerusi United, Ed Woodward di hotel…










