Solskjaer impikan jawatan pengurus United - Utusan Malaysia

Solskjaer impikan jawatan pengurus United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 10 Mac – Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan bahawa dia sememangnya berhasrat untuk menjadi pengendali Manchester United dan percaya mampu menjadi pengurus lebih baik berbanding sewaktu menjadi pemain.

Solskjaer berjaya mengubah nasib United musim ini dengan meraih 14 kemenangan daripada 17 perlawanan sejak menggantikan Jose Mourinho selaku pengendali sementara sejak Disember lalu.

Pengendali Norway itu dikatakan bakal menjadi pengurus sepenuh masa terutama selepas menundukkan Paris Saint-Germain dalam saingan kalah mati Liga Juara-Juara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selama ini memang saya mahukan kerjaya yang sedang saya lakukan ini.

“Saya mungkin boleh lakukan sewaktu menjadi pengurus berbanding ketika menjadi pemain kerana saya perlukan masa yang panjang untuk menjadi pemain yang saya mahukan,” kata Solskjaer.

Solskjaer menikmati karier gemilang semasa menjadi pemain dengan meraih enam kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan menjaringkan gol kemenangan United pada final Liga Juara-Juara 1999.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini