Solskjaer dilantik pengurus tetap United - Utusan Malaysia

Solskjaer dilantik pengurus tetap United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Pasukan gergasi Liga Perdana England (EPL), Manchester United membuat keputusan melantik pengurus sementara, Ole Gunnar Solskjaer kepada jawatan tetap selepas pengendali kelahiran Norway itu menandatangani kontrak selama tiga tahun semalam.

Difahamkan, United telah membuat keputusan memilih Solskjaer sebagai pengurus baharu selepas beliau mempamerkan prestasi tersendiri apabila membantu The Red Devils memenangi 14 daripada 19 perlawanan.

Lebih manis, Solskjaer yang dipilih menggantikan kerusi yang ditinggalkan oleh Jose Mourinho turut berjaya membantu United mara ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara dengan membenam pasukan pilihan, Paris Saint-Germain (PSG) pada awal bulan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif United, Ed Woodward mengakui sangat gembira de­ngan keputusan lembaga pengarah yang sebulat suara bersetuju­ untuk mengekalkan khidmat Solskjaer sehingga musim 2022.

“Sejak beliau membantu pasukan pada Disember lepas, United kembali berada di puncak prestasi dengan meraih beberapa keputusan positif termasuk memberi saingan semula dalam kancah EPL,” katanya.

Sementara itu, Solskjaer yang merupakan pemain legenda United mengakui ini adalah detik bersejarah buat dirinya secara peribadi selain optimis dapat membantu The Red Devils­ kembali digeruni di pentas Eropah seperti era 1990-an.

“Sejak hari pertama saya berada di sini ketika era pemain, saya sudah tahu United merupakan kelab istimewa. Malah, mereka juga membuka peluang buat saya menjadi jurulatih skuad remaja buat kali pertama.

“Kini, saya sudah bergelar pengurus tetap dan saya hanya mampu mengucapkan terima kasih ekoran kepercayaan yang diberikan. Saya harap barisan pemain dan barisan kejuru­latihan dapat terus bekerja keras agar matlamat musim ini dapat dicapai,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini