Solskjaer akhirnya ‘diiktiraf’ - Utusan Malaysia

Solskjaer akhirnya ‘diiktiraf’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 28 Mac – Manchester United ­akhirnya melantik Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus tetap Red Devils dengan memberi kontrak tiga tahun, susulan kecemerlangannya dalam tempoh empat bulan mengendalikan pasukan.

Jurulatih dari Norway itu menjadi inspirasi sejak mengambil alih tugas Jose Mourin­ho, yang dipecat pada Disember lalu dengan melakar 14 kemenangan daripada 19 permainanan, selain membawa United ke suku akhir Liga Juara-Juara.

Ketika bergelar pemain United, Solskjaer telah meledak 126 gol dalam 366 perlawanan, malah dia amat disanjungi peminat Red ­Devils selepas menyumbat gol kemenangan di hujung perlawanan final Liga Juara-Juara 1999 ketika pasukan itu melengkapkan gelaran treble.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sejak hari pertama tiba, saya rasa United seperti rumah sendiri. Ia satu penghormatan untuk menjadi pemain kelab ini dan kemudian memulakan kerjaya jurulatih di sini.

“Beberapa bulan terakhir yang lalu adalah pengalaman me­ngagumkan dan saya ingin meng­ucapkan ribuan terima kasih kepada barisan kejurulatihan, pemain serta kakitangan yang bertungkus lumus memastikan kita berada jauh di depan.

“Inilah tugas yang menjadi impian saya dan saya teruja diberi peluang mengendalikan United untuk tempoh lebih lama.

“Saya harap dapat meneruskan rentak kejayaan bersama penyokong,” kata Solskjaer menerusi kenya­taan yang dikeluarkan dalam laman web rasmi United.

Sementara itu, Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward berkata, pemilihan Solskjaer bukan berdasarkan persembahan, pencapai­an atau keputusan perlawanan Red Devils semata-mata, tetapi bijak membuka peluang kepada pemain muda.

“Ole membawa banyak penga­laman, baik sebagai pemain mahu pun jurulatih, ditambah pula de­ngan keinginannya untuk membuka peluang kepada pemain muda dan pemahaman yang mendalam terhadap budaya kelab,” ujar Woodward.

Berita gembira ini pasti menaikkan semangat United apabila menerima kunjungan Watford dalam perlawanan genting Liga Perdana Inggeris, Sabtu ini.

United perlu menang dalam aksi di Old Trafford itu jika mahu mencabar kelompok empat terbaik. Mereka kini menghuni tangga kelima dengan dua mata dipisahkan pasukan tangga keempat, Arsenal. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini