PRAGUE 15 Mac – Syarikat penerbangan dari Republik Czech, Smartwings menuntut pampasan kewangan daripada Boeing selepas operasi pesawat 737 MAX keluaran gergasi pembuatan pesawat itu digantung atas faktor keselamatan. Smartwings menggantung operasi tujuh pesawat MAX 8. “Kami sedang melihat semua elemen perundangan. Pampasan akan dirunding bersama Boeing,” jelas jurucakap Smartwings, Vladimira Dufkova. – AFP










