SKUAD memanah wanita negara tampil garang pada peringkat pertama Kejohanan Memanah Piala Asia 2019 apabila merangkul satu emas dan satu perak pada aksi final ‘compound’ berpasukan wanita serta individu di Bangkok, Thailand semalam. Pasukan negara yang diwakili Nur Aina Yasmine Halim, Fatin Nurfatehah Mat Salleh dan Nurul Syazhera Mohd. Asmi membawa pulang kilauan emas selepas menewaskan India pada aksi final berpasukan wanita menerusi keputusan 230-226. Bagaimanapun, kejayaan tersebut gagal diteruskan pemanah negara, Fatin Nurfatehah yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam acara individu selepas tewas tipis kepada pemanah India,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya