SK, SMK Pasir Putih jalankan kerja-kerja pembersihan - Utusan Malaysia

SK, SMK Pasir Putih jalankan kerja-kerja pembersihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 10 Mac – Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih di sini yang ditutup hari ini menjalankan kerja-kerja pembersihan bagi memastikan keselamatan 1,600 pelajar dan gurunya terjamin.

Tinjauan Utusan Online di kedua-dua sekolah itu yang bersebelahan itu mendapati, taklimat ringkas diberikan kepada petugas sebelum kerja-kerja pembersihan dimulakan pukul 8.30 pagi.

Antara yang terlibat dalam kerja-kerja pembersihan itu guru dan wakil-wakil daripada  pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Majlis Perbandaran Pasir Gadang (MPPG), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan tiga kilang kimia terbesar di daerah ini termasuk ibu bapa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Guru Besar SK Taman Pasir Putih, Abd. Rashid Ahmad, kerja-kerja pembersihan selama empat jam itu melibatkan 120 sukarelawan dan 80 daripadanya adalah guru sekolah tersebut.

SEORANG guru mengumpulkan permaidani dari surau dan bilik darjah untuk dicuci bagi membersihkannya d
SEORANG guru mengumpulkan permaidani dari surau dan bilik darjah untuk dicuci bagi membersihkannya daripada kotoran dan udara yang dibawa akibat pencemaran kimia dari Sungai Kim Kim kira-kira 500 meter dari SK Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor, sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

“Kita membersihkan permaidani, langsir, peralatan sekolah, kipas, penyaman udara dan semua benda yang dipegang murid sebelum ini termasuk tangga, kita sapukan dengan antiseptik.

“Pembersihan ini dilakukan bagi membuang sisa kimia dan kotoran daripadanya yang masih melekat contohnya di langsir dan permaidani,” katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi.

Khamis lalu SK Pasir Putih dan SMK Pasir Putih ditutup ekoran 35 mangsa terhidu bahan kimia dibuang secara haram di Sungai Kim Kim kira-kira 500 meter dari kedua-dua sekolah itu. 

Setakat ini seramai 75 menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru dan kedua-dua sekolah tersebut mendapat arahan untuk ditutup empat hari sejak Khamis lalu.

Abd. Rashid memberitahu, setakat ini 11 mangsa dari SK Pasir Putih menerima rawatan di HSI dan dua daripadanya masih tinggal dalam wad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini