BERBAKTI. Seramai 150 siswa dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) telah menyertai program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang diadakan baru-baru ini di Asrama Anak-Anak Yatim Damai, Kuang, Selangor. Pengarah PSA, Dr. Mohd. Zahari Ismail berkata, program CSR itu bertujuan mengimbangi nilai profesionalisme, etika dan moral dalam kalangan pelajar di samping dapat memberi impak besar kepada kumpulan sasaran. “Diharap usaha menjadikan politeknik sebagai peneraju Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal…










