Siswa jangan sia-siakan peluang - Utusan Malaysia

Siswa jangan sia-siakan peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
SEMESTER
pengajian baharu universiti telah bermula. Banyak perkara yang perlu diselesaikan mahasiswa pada minggu pertama pengajian. Perkara rutin semestinya pendaftaran mata pelajaran mengikut pelan pengajian yang telah ditetapkan oleh fakulti.

Mahasiswa juga akan menyusun jadual waktu pembelajaran mereka mengikut keperluan dan kemahuan sendiri

Sekiranya terdapat masalah sudah tentulah mahasiswa akan merujuk kepada Penasihat Akademik yang telah dilantik untuk mendapatkan khidmat nasihat dan membantu tentang apa yang perlu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pendaftaran pelajar baharu juga telah berlangsung terutamanya di peringkat sarjana muda. Kelihatan ibu bapa bersungguh-sungguh menghantar anak mereka ke kolej kediaman dan membantu mengheret beg dan barang-barang keperluan harian untuk ‘ditinggalkan’ hidup berdikari menghadapi cabaran sebagai mahasiswa demi mengejar impian menggenggam segulung ijazah.

Melihatkan senario ini, teringat betapa besarnya harapan ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

Oleh itu, mahasiswa perlu selalu beringat dan bersyukur dengan peluang yang diberikan. Tanamkanlah dalam diri untuk berjaya seterusnya membanggakan ibu bapa yang tidak putus berdoa untuk kejayaan anak masing-masing.

Galilah ilmu semaksimum mungkin dan bangunkanlah segala potensi diri sebagai persediaan di alam pekerjaan. Mulakanlah sesi pengajian baharu ini dengan lebih beriltizam. Jadikan pengalaman di peringkat terdahulu sebagai kayu pengukur untuk menjadikan diri lebih baik.

Jika pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) sebelum ini rendah dan tidak memuaskan, jangan putus asa. Nilaian CGPA di peringkat sarjana muda akan direset semula dan semua mahasiswa akan memulakan pengembaraan sarjana muda mereka dengan sifar.

Tingkatkan usaha dan konsisten dalam mengenali potensi diri dengan sebaik-baiknya. Kepelbagaian dalam penggunaan teknik pembelajaran perlu dicuba untuk mengenalpasti kesesuaian dengan diri sendiri.

HERDA BALQIS ISMAIL

UiTM Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN