Sisa kimia di Klang: Pemandu lori direman 2 hari - Utusan Malaysia

Sisa kimia di Klang: Pemandu lori direman 2 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 19 Mac – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan pemandu lori tangki yang ditahan selepas dipercayai terlibat kes pembuangan sisa kimia di kolam takungan di Taman Eng Ann di sini, direman dua hari.

Majistret Roslizi Sulaiman mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 26 tahun itu bermula hari ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 277 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek dibawa ke Mahkamah Klang diiringi polis kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, suspek ditahan di sebuah rumah di Jeram, Kuala Selangor.

Susulan tangkapan itu, Nurulhuda menjelaskan, berdasarkan siasatan awal suspek dipercayai menerima arahan daripada sebuah syarikat bagi melakukan pembuangan sisa kimia tersebut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini