Singa serang tuannya hingga maut - Utusan Malaysia

Singa serang tuannya hingga maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRAGUE 5 Mac – Singa jantan berusia 9 tahun menyerang pemiliknya hingga maut di sebuah kampung, timur Republik Czech hari ini.

Mangsa yang merupakan pembiak baka menyimpan dua ekor singa iaitu betina berusia dua tahun dan jantan tanpa lesen veterinar dan kurungan tiada permit di kampung berkenaan.

Menurut jurucakap polis, Lenka Javorkova, dia mengesahkan kematian penjaga singa berkenaan dan siasatan insiden sedang dijalankan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis terpaksa menembak mati dua singa itu dan doktor mengesahkan pemiliknya maut,” katanya.

Terdahulu, bapa kepada pemilik itu menelefon polis setelah melihat tubuh anaknya sudah tidak bergerak dalam kurungan berkenaan melalui kamera keselamatan.

Pada Jun lalu, singa betina itu telah menyerang dan mencederakan seorang pengayuh basikal ketika dibawa berjalan oleh pemiliknya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini