SIC percaya kemampuan ISN - Utusan Malaysia

SIC percaya kemampuan ISN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac – Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali percaya kerjasama strategik bersama Institut Sukan Negara (ISN) mampu menambah peluang buat pelumba mereka meraih kecemerlangan di masa akan datang.

Kata Razlan, kerjasama itu penting kerana mahu memastikan kecergasan pelumba mereka setanding dengan pelumba dari Eropah.

“Menerusi kerjasama ini pelumba di bawah SIC boleh menggunakan segala kemudahan yang ada di ISN malah ketika mereka mengalami kecederaan segalanya akan dibantu dengan baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita juga pernah dimaklumkan oleh pelumba-pelumba kami yang bersaing di peringkat Asia tidak pernah menjalani latihan kecergasan sebegini.

“Ini juga adalah salah satu objektif utama kami iaitu mahu memastikan pelumba kami berupaya meraih kecemerlangan selepas mempunyai tahap kecergasan yang baik,” katanya kepada pemberita di gimnasium ISN, sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini