Siasatan segera, lelaki kelakuan mencurigakan maut ditahan polis Christchurch - Utusan Malaysia

Siasatan segera, lelaki kelakuan mencurigakan maut ditahan polis Christchurch

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHRISTCHURCH 27 Mac – Polis melancarkan siasatan segera hari ini untuk menentukan lelaki maut yang ditahan mempunyai kaitan dengan serangan masjid membunuh 50 orang, di sini baru-baru ini.

Pada malam tadi, rumah seorang lelaki berusia 54 tahun diserbu menemukan senjata api disembunyikan setelah menerima laporan orang awam mengenai ‘kelakuan mencurigakan’.

Selepas itu, lelaki berkenaan ditahan dalam keretanya dan perundingan dibuat sekitar tiga jam di kawasan Richmond Park yang hanya di luar sentral Christchurch.

Memuatkan artikel berkaitan…

Polis kemudian menghampiri keretanya dan mendapati lelaki itu mengalami kecederaan serius dengan kesan tikaman yang meragut nyawanya tidak berapa lama.

Menurut polis, keutamaan siasatan dibuat bagi menentukan sama ada mendiang memberi ancaman kepada komuniti. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini