PULAU PINANG 28 Mac – Siapa yang bertanggungjawab mengorek pasir di perairan Jelutong yang sedang giat berjalan ketika ini? Itu persoalan yang menjadi misteri dan tanda-tanya daripada aktiviti mengorek pasir itu yang difahamkan sudah dilakukan sejak awal Februari lalu. Lebih menghairankan, pasir yang dikorek pada jarak kira-kira satu batu nautika dari perairan Jelutong menggunakan dua jengkaut itu dilonggokkan di kawasan pantai berdekatan Macallum, Georgetown di sini untuk kegunaan dan projek…










