KUALA LUMPUR 5 Mac – Dalam diam tak diam, penyanyi Shiha Zikir yang pernah tampil di atas pentas akhir D’Academy Asia di Jakarta, Indoneisa pada tahun 2015 dan berjaya meraih tempat ketiga, bakal melahirkan ‘anak’nya yang ke-11 dan diberi nama Sexy Brown.

Menurut Shiha atau pemilik nama sebenar, Nurshiha Mohd Zikir, beliau merasa teruja untuk memperkenalkan Sexy Brown kepada orang ramai khususnya para peminat yang sentiasa menyokong perjalanan seninya.
Kata Shiha, Sexy Brown lebih sesuai untuk golongan wanita dan ‘anak’ Shiha di sini, merujuk kepada kanta lekap atau contact lens jenama Shihalens.
“Sexy Brown adalah kanta lekap yang akan diperkenalkan kepada para pelanggan yang menggunakan Shihalens. Sexy Brown kanta lekap berwarna perang dan ia kelihatan seksi kepada si pemakai.
“Jadi, untuk tahun 2019 ini, Sexy Brown adalah kanta lekap terbaharu daripada Shihalens,” katanya yang tampil sebagai tetamu Mornink Blues di Utusan Online pagi tadi.
Setakat ini, Shihalens menawarkan 10 warna kanta lekap iaitu Lovely Brown, Daring Grey, Sweet Green, Fantasy Green, Sexy Mint, Dolly Blue, Fairy Black, Elegant Grey, Charming Brown dan Frozen Blue.
Daripada 10 kanta lekap yang disenaraikan di atas, Charmng Brown dan Frozen Blue, jelas Shiha, adalah kanta lekap untuk kegunaan sebulan manakala selebihnya, boleh digunakan untuk tempoh tiga bulan.
Selepas mewarnai kanvas seni, Shiha mengakui, dirinya perlu membuat persiapan demi masa depannya dan sebagai artis, nama Shiha adalah satu jenama yang boleh membantu bidang perniagaan yang diceburinya.
Cuma kata Shiha, dalam memilih jenis perniagaan yang mahu dikembangkan, ia mesti sesuatu yang lahir daripada hati dan minat yang mendalam.
Justeru jelas Shiha, beliau yang sememangnya gemarkan kanta lekap sejak di bangku sekolah lagi, ia dijadikan pilihan jenis perniagaannya pada hari ini.
“Sebenarnya, saya mengambil masa lebih kurang setahun untuk mencari kanta lekap yang selesa untuk digunakan sebelum menceburi bidang perniagaan kanta lekap dengan jenama Shihalens.
“Hanya pada tahun 2017, selepas saya berjaya menemui kanta lekap yang bukan sahaja sesuai tetapi yang penting selesa untuk dipakai, baharulah saya berani tampil untuk mengasaskan Shihalens,” katanya.

Menurut Shiha, dalam tempoh pencarian kanta lekap yang sesuai dan selesa dipakai olehnya, beliau pernah membeli 20 unit kanta lekap dari luar negara, malangnya beliau terpaksa membuang kanta lekap itu kerana tidak selesa memakainya.
“Kalau saya sendiri tidak selesa untuk menggunakannya, bagaimanakah pelanggan akan berasa selesa? Jadi, saya lebih rela membuang kanta lekap itu dan meneruskan pencarian, pengilang manakah yang mampu mengeluarkan kanta lekap yang sesuai untuk dipakai.
“Sehinggalah saya dipertemukan oleh seorang rakan dengan pengilang di negara kita sendiri. Apabila saya bertanya kepada pemilik kilang pengeluar kanta lekap yang berkenaan tentang kelulusan dan dokumentasi, saya berpuas hati dan terbitlah Shihalens dalam pasaran,” ujarnya.
Katanya, sijil kelulusan MDA (Medical Devices Authority Malaysia) amat penting selain daripada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum Shihalens boleh dijual kepada pengguna.
Pengilang yang membekalkan kanta lekap ini juga membekalkan kanta lekap bagi pasaran Eropah, Amerika Syarikat, Rusia dan Singapura.

Sebagai strategi pemasaran yang berkesan, Shihalens boleh dibeli secara dalam talian serta di media sosial itu di Instagram @shihalens dan Facebook Shiha Cosmetic Contact Lens.
“Kalau pelanggan mahu membeli Shihalens secara fizikal, mereka boleh pergi ke tingkat 3, pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman kerana di situ ada dijual Shihalens,” katanya yang juga mempunyai ramai dropship dan stokis dari Singapura dan Indonesia.
Kanta lekap Shihalens sukan sekadar kanta lekap kosmetik tetapi mereka yang menggunakan kaca mata juga boleh memakainya.
“Kita ada power contact lens antara 100 kepada 800. Ini pun ada permintaan untuk kanta lekap 1,000 power,” katanya yang bersyukur kerana perniagaan kanta lekap Shihalens mendapat restu daripada ibunya. – UTUSAN ONLINE











